Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum w.b.k.t buat semua yang melayari blog ini. Pihak MTAQLiM amat berterima kasih kepada semua yang terlibat di dalam Hari Silaturrahim Aidil Fitri 1434H baru-baru ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala penat lelah dan pengorbanan anda. Insya Allah dalam masa terdekat pihak MTAQLiM akan menyiarkan Klip Video berkaitan Hari Silaturrahim tersebut untuk santapan bersama dan pengubat rindu mereka yang tidak dapat bersama-sama meraikan. INFO WAKAF SAJADAH: Terima Kasih sekalung budi buat mereka yang bermurah hati memberikan sumbangan Wakaf Sajadah. Sebagai makluman tambahan, pihak MTAQLiM ingin menyatakan di sini sekiranya Wakaf Sajadah untuk pintu-pintu yang dikhususkan telah mencukupi atau ada keperluan yang lebih wajar di pintu lain, maka pihak MTAQLiM berhak untuk menentukan keperluan yang lebih penting untuk didahulukan bagi pembangunan Maahad. Sebagai contoh, walaupun seorang penderma berniat untuk bersedekah untuk Wakaf Al-Quran, tetapi Naskhah Al-Qur

SALAM AIDILFITRI 1434H

Bismillahirrahmanirrahim… Dengan menghulur tangan memohon ampun dan maaf kepada semua bersempena Syawal yang mulia ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput sahabat-sahabat yang diingati dan dikasihi untuk hadir ke teratak buruk kami di Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin (MTAQLiM) bersempena Hari Silaturrahim Aidil Fitri 1434H, pada hari Ahad , 18 Syawal 1434H bersamaan 25 Ogos 2013 . Semoga kita bertemu dalam suasana muhibbah penuh keberkatan sambil menikmati juadah yang akan tersedia, Insya Allah. Sekian, Wassalam. Salam Aidil Fitri daripada kami warga Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin