Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

KEPERLUAN MUSOLLA KAMI

"Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun." 64:17 

WAKAF SAJADAH MTAQLiM, Hidupkan Ramadhan Dengan Sadaqah

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah Kami siarkan artikel ini yang diisi dengan makluman Wakaf Sajadah yang menjadi satu keperluan di dalam pembangunan keseluruhan Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin ini. Menjadi harapan kami agar mujahadah di luar sana benar-benar menghayati mengapa kita harus bersama-sama di dalam usaha memelihara perlaksanaan sebenar Al-Quran dan As-Sunnah. Kebejatan keadaan yang benar-benar "Ramadh" di seluruh dunia membuka ruang untuk kita sebagai umatnya untuk "membaca" apa sebenarnya wahyu. Tulisan-tulisan hidup di hadapan kita membuktikan kebesaran Ilahi betapa Dia begitu mudah mengatur alam ini. Begitu juga mudahnya untuk apabila kita sebagai manusia hanya perlu mengikut "ARUS" yang disusun oleh Allah. Satu keajaiban untuk melihat haiwan seperti Burung Pipit Padang mengembara ribuan kilometer, Penyu belimbing pula  berenang merentas lautan berbeza untuk melahirkan zuriat walhal mereka hanya mengikut arus dan landasan

TAKWIM HIJRIAH SEBAGAI JADUAL WAKTU UMAT ISLAM YANG MUKTAMAD

B erdasarkan kaedah bacaan Al-Quran yang teratur mengikut Takwim Hijriah setiap hari, kami benar-benar diberikan tanda atau petunjuk atas sesuatu urusan dan peristiwa. Sejarah yang banyak menjadi persoalan kerana isu-isu penyelewengan fakta dan sejarah yang sengaja disembunyikan, sebenarnya mampu diperjelaskan oleh Al-Quran sendiri. Tetapi rujukannya tidak boleh keluar daripada menepati Takwim Hijriah atau Kalendar Islam. Kaedah bacaan ini merupakan satu dasar yang diterapkan untuk pendidikan di Institusi Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin (MTAQLiM) di dalam usaha untuk memartabatkan Huffaz Al-Quran dan mengembalikan kepentingan Kalendar Islam melalui kaedah pembuktian Teori. Sebagai contoh “His Story” atau sejarah menunjukkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah lupus secara rasmi pada tahun 1924. Sejarah hitam itu begitu terkesan kepada Umat Islam hingga kini. Walaupun begitu sehingga kini versi kejatuhan Empayar Khalifah ini tidak tercatat secara sempurna kerana para

SALAM 1 RAMADHAN 1434H

SALAM AL-MUBARAK daripada  Pengurusan  Maahad Tahfiz Al-Quran lil Muttaqin Pusat Kegiatan Ibadah & Riadah Sg. Tekala, 43500 Semenyih Selangor 017 7209 409 / 013 672 4313 mtaq.lilmuttaqin@gmail.com www.mtaqlilmuttaqin.blogspot.com