Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah Kami siarkan artikel ini yang diisi dengan makluman Wakaf Sajadah yang menjadi satu keperluan di dalam pembangunan keseluruhan Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin ini.
Menjadi harapan kami agar mujahadah di luar sana benar-benar menghayati mengapa kita harus bersama-sama di dalam usaha memelihara perlaksanaan sebenar Al-Quran dan As-Sunnah. Kebejatan keadaan yang benar-benar "Ramadh" di seluruh dunia membuka ruang untuk kita sebagai umatnya untuk "membaca" apa sebenarnya wahyu. Tulisan-tulisan hidup di hadapan kita membuktikan kebesaran Ilahi betapa Dia begitu mudah mengatur alam ini.
Begitu juga mudahnya untuk apabila kita sebagai manusia hanya perlu mengikut "ARUS" yang disusun oleh Allah. Satu keajaiban untuk melihat haiwan seperti Burung Pipit Padang mengembara ribuan kilometer, Penyu belimbing pula berenang merentas lautan berbeza untuk melahirkan zuriat walhal mereka hanya mengikut arus dan landasan angin yang telah Allah atur. Justeru itu kita hanya perlu lihat diri ini adakah berperanan sebagai mana yang dilandaskan oleh Maha Pencipta? atau kita hanya syok sendiri menilai bahawa pahala kita berganda-ganda hingga mampu membeli Syurga. Na'uzubillah. Sekecil-kecil usaha adalah dengan berubah dengan diri, (Ibda' bi Nafsi). Bacalah dengan menyebut Nama Tuhanmu yang Menciptakan, Insya Allah kita akan melihat kembali sebagaimana Rasulullah S.A.W. melihat dunianya.
Ini adalah usaha dakwah yang kecil supaya kita tidak dikaburi dengan apapun gambaran yang dimomokkan oleh para "penyihir". Apatah lagi Ramadhan akan melintasi garis tengahnya. Mudah-mudahan Syawal 1434H adalah bulan untuk kita masih dalam keadaan Tawadhu' ber'puasa'.

(tentulah mereka berkata: "Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan
kami adalah orang orang yang kena sihir.")
Al-Hijr:15
15 Ramadhan 1434H
MTAQLiM
Mardhatillah
ReplyDelete