SUNNAH MELAKUKAN KORBAN.
Kurang sebulan sahaja lagi menjelang 10 Zulhijjah. Jangan kita lupakan sunnah berkorban.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
Daripada Ummu Salamah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian ingin melakukan korban. Janganlah dia mencabut sedikit pun daripada bulu dan kukunya. [Sahih Muslim, Kitab al-Adohiy, Bab Nahy Man Dakhala 'Alaihi 'Asyru Dzi al-Hijjah Wa Huwa Murid at-Tadhhiyyah, hadis no: 1977].
عَنْ جُنْدَبٍ، قَالَ صَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ النَّحْرِ ثُمَّ خَطَبَ، ثُمَّ ذَبَحَ فَقَالَ " مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا، وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ ".
Daripada Jundab radiallahu 'anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam mendirikan solat pada hari an-Nahr kemudian berkhutbah. Kemudian baginda menyembelih lalu bersabda: Sesiapa yang menyembelih sebelum hendaklah menyembelih haiwan korban yang untuk menggantikannya, sesiapa yang belum lagi menyembelih, sembelihlah dengan nama Allah.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-'Eidain, Bab Kalam al-Imam wa an-Nas fi Khutbah al-Eid..., hadis no: 985].
Di sisi mazhab Syafie dan majoriti ulama, hukum sembelih korban adalah sunat muakkad bagi yang berkemampuan.
Sebahagian ulama seperti Abu Hanifah, Rabi'ah, Al-Laith dan lain-lain berkata ia wajib bagi yang berkemampuan.
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment