Skip to main content

TAKWIM HIJRIAH SEBAGAI JADUAL WAKTU UMAT ISLAM YANG MUKTAMAD

Berdasarkan kaedah bacaan Al-Quran yang teratur mengikut Takwim Hijriah setiap hari, kami benar-benar diberikan tanda atau petunjuk atas sesuatu urusan dan peristiwa. Sejarah yang banyak menjadi persoalan kerana isu-isu penyelewengan fakta dan sejarah yang sengaja disembunyikan, sebenarnya mampu diperjelaskan oleh Al-Quran sendiri. Tetapi rujukannya tidak boleh keluar daripada menepati Takwim Hijriah atau Kalendar Islam. Kaedah bacaan ini merupakan satu dasar yang diterapkan untuk pendidikan di Institusi Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin (MTAQLiM) di dalam usaha untuk memartabatkan Huffaz Al-Quran dan mengembalikan kepentingan Kalendar Islam melalui kaedah pembuktian Teori.

Sebagai contoh “His Story” atau sejarah menunjukkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah lupus secara rasmi pada tahun 1924. Sejarah hitam itu begitu terkesan kepada Umat Islam hingga kini. Walaupun begitu sehingga kini versi kejatuhan Empayar Khalifah ini tidak tercatat secara sempurna kerana para musuh Islam begitu teliti di dalam mengolah sejarah mereka lantas sehinggakan kini Sistem Khalifah dianggap sebagai Penyakit yang tidak boleh dibenarkan untuk bermula. Malah untuk menyebutnya sahaja seperti memberikan satu persepsi yang bertentang dengan arus perdana. Subjek sejarah di Malaysia sendiri menyatakan betapa mulianya Bapa Pemodenan Turki, Kamal Attaturk. Walaupun begitu, apabila konsep bacaan berdasarkan Takwim Hijriah dilakukan, “SHAJAROH” membuktikan sebaliknya. Tahun 1924 M sebenarnya adalah tahun 1342 H dan apabila dirujuk sebagai 13:42 (Ar-Raad ayat 42),

Dan sungguh orang-orang kafir yang sebelum mereka (kafir Mekah) telah mengadakan tipu daya, tetapi semua tipu daya itu adalah dalam kekuasaan Allah. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh setiap diri, dan orang-orang kafir akan mengetahui untuk siapa tempat kesudahan (yang baik) itu.(13:42)

Berdasarkan firman Allah, jelas menunjukkan bahawa ada unsur konspirasi atau tipu daya yang membawa kepada kejatuhan Islam. Sejarah yang sebenar menepati KETETAPAN Allah S.W.T. Mungkin ada yang beranggapan ini adalah kebetulan tanpa menilai bahawa Al-Quran mampu memberi petunjuk dan sebesar-besar Mukjizat. 42:13 (Asy Syuura:13) pula memberi petunjuk yang begitu signifikan, iaitu solusi kepada kejatuhan Islam.

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). (42:13)

Contoh lain adalah Tahun Kejatuhan Kerajaan Islam Melaka yang dicatat Sejarah pada 1511 M Sebenarnya berlaku pada 917 H dan apabila dirujuk sebagai 9:17 (At-Taubah 17),

Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan mesjid-mesjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka. (9:17)

Jika dihayati apa yang berlaku dengan meletakkan keyakinan bahawa Allah telah menetapkan di dalam Al-Quran, didapati terdapat golongan Musyrik (mereka yang ada sembahan selain Allah) atau golongan yang mengutamakan kepentingan diri di dalam “MASJID” Kerajaan Islam Melaka. Akhirnya golongan ini membawa kerosakan kepada Kerajaan Islam tetapi sehingga kini kejatuhan Melaka dianggap sebagai angkara penjajah walaupun terdapat teori yang pelbagai. Dengan mengambil pelajaran, ketepatan petunjuk membuktikan bahawa musuh dalam selimut adalah golongan yang seharusnya ditangani dahulu.  Malah jika dirujuk Surah Al-Isra’ ayat 9 (17:9) pula, satu kaedah penyelesaian yang Allah sediakan untuk menangani situasi berdasarkan 9:17.

Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar.(17:9)


Catatan yang tidak seberapa ini tidak mampu menceritakan segalanya tentang Ketepatan Firman Allah melalui garis masa Hijriah. Bukan niatnya untuk menamakan watak-watak di dalam sejarah bagi mengaibkan, sebaliknya supaya kita sama-sama terikat dengan ketetapan Al-Quran. Contoh lain yang boleh  disertakan di sini adalah 1 April 1487. Tarikh  yang menjadi satu budaya dunia iaitu “Hari April Fool” merupakan hari di mana Umat Islam Sepanyol benar-benar diperlakukan seperti binatang malah lebih zalim daripada itu. Jika kita kembali merujuk tarikh tersebut sebagai tarikh Hijriah, kita akan menemui satu petunjuk yang menjelaskan peristiwa tersebut. Tarikh tersebut adalah 7 Rabi’ul Akhir 892H dan ketepatan ketetapan boleh dirujuk sebagai 7:4 (Al-A’raf : 4), Insya Allah kita akan menemui sesuatu...Insya Allah akan bersambung.

NOTA: Ini adalah perkongsian Ilmu yang telah dibuktikan hipotesisnya. Sebarang keraguan sila kembalikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. 

Comments

Popular posts from this blog

IBADAH QURBAN 1437H

SUNNAH MELAKUKAN KORBAN. Kurang sebulan sahaja lagi menjelang 10 Zulhijjah. Jangan kita lupakan sunnah berkorban. عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا Daripada Ummu Salamah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian ingin melakukan korban. Janganlah dia mencabut sedikit pun daripada bulu dan kukunya. [Sahih Muslim, Kitab al-Adohiy, Bab Nahy Man Dakhala 'Alaihi 'Asyru Dzi al-Hijjah Wa Huwa Murid at-Tadhhiyyah, hadis no: 1977]. عَنْ جُنْدَبٍ، قَالَ صَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ النَّحْرِ ثُمَّ خَطَبَ، ثُمَّ ذَبَحَ فَقَالَ  " مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا، وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ ". Daripada Jundab radiallahu 'anhu, beliau berka...

KEM CUTI SEKOLAH 2019

[KEM JIWA HUFFAZ SIRI 12 1441H/2019M] Institut Tahfiz Al-Quran Lil Muttaqin (INSTAQLiM), Semenyih, Selangor, ingin menjemput anak-anak LELAKI yang berumur antara 9 hingga 17 tahun untuk mengikuti program KJH SIRI 12 1441H. Matlamat program adalah untuk Melahirkan Modal Insan Berjiwa Huffaz dan Berketerampilan. Para peserta berpeluang untuk merasai pengalaman kehidupan sebagai Pelajar Tahfiz Vokasional yang memfokuskan kepada Praktikal Al-Quran melalui pembelajaran program-program Vokasional serta program-program pendidikan lain. PAKEJ 01: Tarikh: 1 - 14 DISEMBER 2019 (04 - 17 Rabiul Akhir 1441H) Hari: Ahad - Sabtu Tempoh: 14H 13M Yuran: RM 530.00 PAKEJ 02: Tarikh: 15 - 28 DISEMBER 2019 (18 Rabiul Akhir - 01 Jamadil Awwal 1441H) Hari: Ahad - Sabtu Tempoh: 14H 13M  Yuran: RM 530.00 Tarikh Tutup Penyertaan: 22 NOVEMBER 2019 Sumbangan dan tajaan untuk peserta anak yatim/asnaf boleh dibuat melalui: BIMB Maahad Tahfiz Al-Quran 1219 5010 0041 62 Untuk maklumat lanjut, boleh hubu...

WAKAF SAJADAH MTAQLiM, Hidupkan Ramadhan Dengan Sadaqah

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah Kami siarkan artikel ini yang diisi dengan makluman Wakaf Sajadah yang menjadi satu keperluan di dalam pembangunan keseluruhan Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin ini. Menjadi harapan kami agar mujahadah di luar sana benar-benar menghayati mengapa kita harus bersama-sama di dalam usaha memelihara perlaksanaan sebenar Al-Quran dan As-Sunnah. Kebejatan keadaan yang benar-benar "Ramadh" di seluruh dunia membuka ruang untuk kita sebagai umatnya untuk "membaca" apa sebenarnya wahyu. Tulisan-tulisan hidup di hadapan kita membuktikan kebesaran Ilahi betapa Dia begitu mudah mengatur alam ini. Begitu juga mudahnya untuk apabila kita sebagai manusia hanya perlu mengikut "ARUS" yang disusun oleh Allah. Satu keajaiban untuk melihat haiwan seperti Burung Pipit Padang mengembara ribuan kilometer, Penyu belimbing pula  berenang merentas lautan berbeza untuk melahirkan zuriat walhal mereka hanya mengikut arus dan landasan...