Skip to main content

PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum w.b.k.t buat semua yang melayari blog ini.

Pihak MTAQLiM amat berterima kasih kepada semua yang terlibat di dalam Hari Silaturrahim Aidil Fitri 1434H baru-baru ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala penat lelah dan pengorbanan anda.

Insya Allah dalam masa terdekat pihak MTAQLiM akan menyiarkan Klip Video berkaitan Hari Silaturrahim tersebut untuk santapan bersama dan pengubat rindu mereka yang tidak dapat bersama-sama meraikan.

INFO WAKAF SAJADAH:

Terima Kasih sekalung budi buat mereka yang bermurah hati memberikan sumbangan Wakaf Sajadah. Sebagai makluman tambahan, pihak MTAQLiM ingin menyatakan di sini sekiranya Wakaf Sajadah untuk pintu-pintu yang dikhususkan telah mencukupi atau ada keperluan yang lebih wajar di pintu lain, maka pihak MTAQLiM berhak untuk menentukan keperluan yang lebih penting untuk didahulukan bagi pembangunan Maahad. Sebagai contoh, walaupun seorang penderma berniat untuk bersedekah untuk Wakaf Al-Quran, tetapi Naskhah Al-Quran sudah mencukupi, maka MTAQLiM berhak menyalurkan dana Wakaf Al-Quran tersebut kepada keperluan pembangunan lain seperti pembelian kerusi, simen dan sebagainya.

Klik untuk tonton aktiviti kami semasa Ramadhan: Tadarus & Tadabbur 1434H


Comments

Popular posts from this blog

IBADAH QURBAN 1437H

SUNNAH MELAKUKAN KORBAN. Kurang sebulan sahaja lagi menjelang 10 Zulhijjah. Jangan kita lupakan sunnah berkorban. عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا Daripada Ummu Salamah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian ingin melakukan korban. Janganlah dia mencabut sedikit pun daripada bulu dan kukunya. [Sahih Muslim, Kitab al-Adohiy, Bab Nahy Man Dakhala 'Alaihi 'Asyru Dzi al-Hijjah Wa Huwa Murid at-Tadhhiyyah, hadis no: 1977]. عَنْ جُنْدَبٍ، قَالَ صَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ النَّحْرِ ثُمَّ خَطَبَ، ثُمَّ ذَبَحَ فَقَالَ  " مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا، وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ ". Daripada Jundab radiallahu 'anhu, beliau berka

BIASISWA PENDIDIKAN INSTAQLiM

Salam Alaik buat semua, Kami berhasrat untuk membuka peluang Pendidikan kepada anak watan seluruh Malaysia di Institut Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin (INSTAQLiM) bagi Program Kefahaman Al-Quran (Sepenuh Masa). Lepasan SPM, Lepasan Maahad Tahfiz dan belia dialu-alukan untuk memohon. Pendaftaran dibuka untuk LELAKI sahaja buat masa sekarang. BIASISWA Pendidikan disediakan buat mereka yang layak. Sila hubungi: 014-290 8468 (Pej.) 013 - 672 4313 (Ust. Alif) 017-7209 409 (Ust. Shahril) Kelas dijangka dibuka pada Jamadil Akhir 1435H