Skip to main content

PENDAFTARAN PELAJAR 1436H / JANUARI 2015

KLIK untuk pra-pendaftaran secara ONLINE!


Institut Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin (INSTAQLiM), akan membuka pendaftaran pelajar baru pada Sabtu, 17 Januari 2015 atau 26 Rabiul Awal 1436H.  Pengambilan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Pengurusan. Kriteria utama adalah Lelaki berumur 13 tahun dan ke atas. Sihat fizikal dan mental.

Untuk itu, bakal pelajar yang telah diterima masuk ke INSTAQLiM dikehendaki mendaftarkan diri pada tarikh tersebut sebagaimana ketetapan di bawah:

Tempat   : Dewan Utama, Maahad Tahfiz Al-Quran lil Muttaqin
Masa.     : 0900am - 1200pm
*Taklimat ibubapa pada jam 1000am


* Bakal pelajar yang Walk - In diperlukan untuk berjumpa  dengan pihak Pengetua / Pengurusan bagi ditemuduga untuk pengesahan tempat.

Perkara-perkara yang perlu dibawa bersama adalah:
1) Bukti pembayaran  / Yuran Pendaftaran Tunai
- RM 650.00 (Pendaftaran, deposit asrama dan penyelenggaraan)
 + RM 530.00 (Yuran Asrama, Makanan dan Yuran Pendidikan) -

Jumlah untuk Pendaftaran RM 1180.00

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD: Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Muttaqin
1219 5010 0041 62

2) Dokumen yang berkaitan -
      a) Surat berhenti sekolah atau setara.
      b) Salinan Kad Pengenalan pelajar dan ibu bapa / penjaga.
      c) 2 Keping gambar ukuran pasport atau softcopy.
      d) Laporan Kesihatan Fizikal dan Mental (Opsyen dan apabila diminta Wajib disediakan dalam masa 7 hari bekerja sekiranya)  

PAKAIAN:-
1) Jubah (berwarna gelap digalakkan)
2) Baju Melayu bersongkok
3) Baju Rasmi ( akan dijual di Maahad)
4) T-Shirt berkolar (Utk kegiatan rasmi)
5) T-Shirt tanpa kolar (Riadah)
6) Seluar slack (hitam)
7) Seluar track ( 2 helai minimum)
8) Kasut Kasual dan kasut sukan.
9) Sandal dan selipar.
10) Pakaian basahan dan mandi yg mencukupi
* Pakaian yang didapati tidak mematuhi syarak dan menonjolkan ideologi yg tidak wajar akan dirampas. Pemakaian seluar jeans TIDAK dibenarkan sama sekali.

PERALATAN KEBERSIHAN
1) Baldi
2) Peralatan Mandi
3) Peralatan basuhan pakaian (tangan)

ALATULIS
1) Buku log (Mukadepan keras A4)
2) Al-Quran Terjemahan (Bahasa Melayu atau Indonesia)
3) Pen dan lain-lain.

PERKARA WAJIB ISYTIHAR KPD INSTAQLiM.
1) Ubatan dan Alat bantu kesihatan.
2) Tel. Bimbit dan gajet berkaitan
3) Wang saku (dinasihatkan wang saku pelajar tidak melebihi RM 200.00 sebulan)
4) Barangan yang boleh mendatangakan kecederaan dan berisiko.

Sila Hubungi : Ust Shahril 01120490913 / 0177209409

Comments

Popular posts from this blog

IBADAH QURBAN 1437H

SUNNAH MELAKUKAN KORBAN. Kurang sebulan sahaja lagi menjelang 10 Zulhijjah. Jangan kita lupakan sunnah berkorban. عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا Daripada Ummu Salamah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian ingin melakukan korban. Janganlah dia mencabut sedikit pun daripada bulu dan kukunya. [Sahih Muslim, Kitab al-Adohiy, Bab Nahy Man Dakhala 'Alaihi 'Asyru Dzi al-Hijjah Wa Huwa Murid at-Tadhhiyyah, hadis no: 1977]. عَنْ جُنْدَبٍ، قَالَ صَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ النَّحْرِ ثُمَّ خَطَبَ، ثُمَّ ذَبَحَ فَقَالَ  " مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا، وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ ". Daripada Jundab radiallahu 'anhu, beliau berka...

KEM CUTI SEKOLAH 2019

[KEM JIWA HUFFAZ SIRI 12 1441H/2019M] Institut Tahfiz Al-Quran Lil Muttaqin (INSTAQLiM), Semenyih, Selangor, ingin menjemput anak-anak LELAKI yang berumur antara 9 hingga 17 tahun untuk mengikuti program KJH SIRI 12 1441H. Matlamat program adalah untuk Melahirkan Modal Insan Berjiwa Huffaz dan Berketerampilan. Para peserta berpeluang untuk merasai pengalaman kehidupan sebagai Pelajar Tahfiz Vokasional yang memfokuskan kepada Praktikal Al-Quran melalui pembelajaran program-program Vokasional serta program-program pendidikan lain. PAKEJ 01: Tarikh: 1 - 14 DISEMBER 2019 (04 - 17 Rabiul Akhir 1441H) Hari: Ahad - Sabtu Tempoh: 14H 13M Yuran: RM 530.00 PAKEJ 02: Tarikh: 15 - 28 DISEMBER 2019 (18 Rabiul Akhir - 01 Jamadil Awwal 1441H) Hari: Ahad - Sabtu Tempoh: 14H 13M  Yuran: RM 530.00 Tarikh Tutup Penyertaan: 22 NOVEMBER 2019 Sumbangan dan tajaan untuk peserta anak yatim/asnaf boleh dibuat melalui: BIMB Maahad Tahfiz Al-Quran 1219 5010 0041 62 Untuk maklumat lanjut, boleh hubu...

WAKAF SAJADAH MTAQLiM, Hidupkan Ramadhan Dengan Sadaqah

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah Kami siarkan artikel ini yang diisi dengan makluman Wakaf Sajadah yang menjadi satu keperluan di dalam pembangunan keseluruhan Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin ini. Menjadi harapan kami agar mujahadah di luar sana benar-benar menghayati mengapa kita harus bersama-sama di dalam usaha memelihara perlaksanaan sebenar Al-Quran dan As-Sunnah. Kebejatan keadaan yang benar-benar "Ramadh" di seluruh dunia membuka ruang untuk kita sebagai umatnya untuk "membaca" apa sebenarnya wahyu. Tulisan-tulisan hidup di hadapan kita membuktikan kebesaran Ilahi betapa Dia begitu mudah mengatur alam ini. Begitu juga mudahnya untuk apabila kita sebagai manusia hanya perlu mengikut "ARUS" yang disusun oleh Allah. Satu keajaiban untuk melihat haiwan seperti Burung Pipit Padang mengembara ribuan kilometer, Penyu belimbing pula  berenang merentas lautan berbeza untuk melahirkan zuriat walhal mereka hanya mengikut arus dan landasan...