Skip to main content

KEUTAMAAN DI BULAN RAMADHAN ADALAH SEDEKAH

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H


Ybhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Untuk makluman, kita di PERSATUAN BELIA MASJID SELANGOR (PBMS) telah memulakan usaha penternakan Ikan Tilapia Merah seawal Syawal 1436h yang lalu. Maka dengan ini, kami harapkan kerjasama daripada Tuan/Puan untuk;

➡ Sama-sama memasarkan dan berkongsi maklumat berkaitan program ini.
➡ Sama- sama mempromosikan program ini.
➡ Bersama-sama menyebarkan makluman berkaitan program ini.

Dibawah adalah sedikit maklumat untuk perhatian Tuan/Puan,

Jualan Amal Tilapia Merah ini merupakan satu usaha penganjur, PBMS [https://m.facebook.com/profile.php?id=123828997675447] untuk membantu Maahad-maahad Tahfiz mendapatkan sumber protein melalui ikan secara sumbangan ikhlas daripada pihak yang bermurah hati. Melalui usaha ini, diharapkan, penderma yang budiman dapat memberi sumbangan berupa pembelian ikan tilapia yang mana ikan-ikan tersebut akan di serahkan kepada Maahad-maahad Tahfiz sekitar Negeri Selangor, In Sha Allah.

Kami juga membuka jualan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ikan-ikan tersebut. Sungguhpun begitu, masih lagi menjadi harapan kami, agar ada bahagian kepada penerima manfaat melalui pembelian untuk sumbangan, yakni, sekurang-kurangnya satu kilogram belian kepada satu kilogram sumbangan.

Berikut adalah maklumat sumbangan/tempahan/ belian :
# Jenis : Ikan Tilapia Merah
# Harga : RM 12.00 sekilogram
# Kawasan Ternakan : Kolam dengan air mengalir sepenuhnya.

Penerima Sumbangan:
Maahad-maahad Tahfiz (terpilih) di Sekitar Negeri Selangor dan/atau Maahad Tahfiz Pilihan Penyumbang di Sekitar Negeri Selangor.

Rumah anak2 yatim, Rumah kebajikan Org2 tua, gelandangan sekitar selangor/ w.persekutuan
________

Sebarang maklumbalas dan pertanyaan, sila berhubung langsung dengan saya,  Shahril Bin Mohamad📱 017-7209 409
atau emel kami di:
amalpbms@pbm.org.my

Sila lawati kami di:

Jualan Amal Tilapia Merah - https://www.facebook.com/JualanAmalTilapiaMerah

Semoga Allah SWT merahmati setiap sumbangan yang di infaqkan dan hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.

Terima kasih.





Comments

Popular posts from this blog

IBADAH QURBAN 1437H

SUNNAH MELAKUKAN KORBAN. Kurang sebulan sahaja lagi menjelang 10 Zulhijjah. Jangan kita lupakan sunnah berkorban. عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا Daripada Ummu Salamah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian ingin melakukan korban. Janganlah dia mencabut sedikit pun daripada bulu dan kukunya. [Sahih Muslim, Kitab al-Adohiy, Bab Nahy Man Dakhala 'Alaihi 'Asyru Dzi al-Hijjah Wa Huwa Murid at-Tadhhiyyah, hadis no: 1977]. عَنْ جُنْدَبٍ، قَالَ صَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ النَّحْرِ ثُمَّ خَطَبَ، ثُمَّ ذَبَحَ فَقَالَ  " مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا، وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ ". Daripada Jundab radiallahu 'anhu, beliau berka...

KEM CUTI SEKOLAH 2019

[KEM JIWA HUFFAZ SIRI 12 1441H/2019M] Institut Tahfiz Al-Quran Lil Muttaqin (INSTAQLiM), Semenyih, Selangor, ingin menjemput anak-anak LELAKI yang berumur antara 9 hingga 17 tahun untuk mengikuti program KJH SIRI 12 1441H. Matlamat program adalah untuk Melahirkan Modal Insan Berjiwa Huffaz dan Berketerampilan. Para peserta berpeluang untuk merasai pengalaman kehidupan sebagai Pelajar Tahfiz Vokasional yang memfokuskan kepada Praktikal Al-Quran melalui pembelajaran program-program Vokasional serta program-program pendidikan lain. PAKEJ 01: Tarikh: 1 - 14 DISEMBER 2019 (04 - 17 Rabiul Akhir 1441H) Hari: Ahad - Sabtu Tempoh: 14H 13M Yuran: RM 530.00 PAKEJ 02: Tarikh: 15 - 28 DISEMBER 2019 (18 Rabiul Akhir - 01 Jamadil Awwal 1441H) Hari: Ahad - Sabtu Tempoh: 14H 13M  Yuran: RM 530.00 Tarikh Tutup Penyertaan: 22 NOVEMBER 2019 Sumbangan dan tajaan untuk peserta anak yatim/asnaf boleh dibuat melalui: BIMB Maahad Tahfiz Al-Quran 1219 5010 0041 62 Untuk maklumat lanjut, boleh hubu...

WAKAF SAJADAH MTAQLiM, Hidupkan Ramadhan Dengan Sadaqah

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah Kami siarkan artikel ini yang diisi dengan makluman Wakaf Sajadah yang menjadi satu keperluan di dalam pembangunan keseluruhan Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin ini. Menjadi harapan kami agar mujahadah di luar sana benar-benar menghayati mengapa kita harus bersama-sama di dalam usaha memelihara perlaksanaan sebenar Al-Quran dan As-Sunnah. Kebejatan keadaan yang benar-benar "Ramadh" di seluruh dunia membuka ruang untuk kita sebagai umatnya untuk "membaca" apa sebenarnya wahyu. Tulisan-tulisan hidup di hadapan kita membuktikan kebesaran Ilahi betapa Dia begitu mudah mengatur alam ini. Begitu juga mudahnya untuk apabila kita sebagai manusia hanya perlu mengikut "ARUS" yang disusun oleh Allah. Satu keajaiban untuk melihat haiwan seperti Burung Pipit Padang mengembara ribuan kilometer, Penyu belimbing pula  berenang merentas lautan berbeza untuk melahirkan zuriat walhal mereka hanya mengikut arus dan landasan...