Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

PENGAMBILAN PELAJAR SEPENUH MASA SESI 1435 H

Salam Ukhuwwah buat semua yang sedang menatap website kami. Insya Allah kami akan membuka pendaftaran kemasukan Pelajar Sepenuh Masa sebagai pengambilan pertama untuk tahun 1435H / 2014M. Sila terus berhubung dengan kami untuk keterangan lanjut: Pejabat       : 014 2908 468 Ust. Aliff     : 013 6724 313 Ust. Shahril : 017 7209 409 Atau email kami di:   mtaq.lilmuttaqin@gmail.com *PENGAMBILAN ADALAH TERHAD DAN TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT. Kurikulum Integrasi berdasarkan: Garispanduan  Unit Kurikulum Sektor Pengurusan Akademik,  Bahagian Pendidikan Islam,  Jabatan Agama Islam Selangor  dan  Kurikulum Institut Tahfiz Al-Quran Lil-Muttaqin. Download Borang di: www.p-masjid.com 

JEMPUTAN SILATURRAHIM MUHARRAM 1435H INSTAQLIM

Jemputan warga Institut Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin (INSTAQLiM) buat sahabat handai dan taulan yang mengenali Kami sejak sekian lama. Semoga hubungan terbina sekian lama akan sentiasa disemai sebagaimana syariat-Nya. Selamat Datang ke INSTAQLiM. "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain ,  dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." An-Nisa : 1 4 Muharram 1435H INSTAQLiM

Aidil Adha 1434H

Salam Aidil Aidha buat Muslimin dan Muslimat seantero dunia yang masih menyedut udara pinjaman-Nya. Semoga kehadiran Qurban 1434H membuka lembaran Hijrah yang benar-benar akan KEMBALI kepada fitrah-Nya, Insya Allah. Ampun dan Maaf dari kami, Warga kerja dan pelajar INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN  LiL-MUTTAQIN (INSTAQLiM)

PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum w.b.k.t buat semua yang melayari blog ini. Pihak MTAQLiM amat berterima kasih kepada semua yang terlibat di dalam Hari Silaturrahim Aidil Fitri 1434H baru-baru ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala penat lelah dan pengorbanan anda. Insya Allah dalam masa terdekat pihak MTAQLiM akan menyiarkan Klip Video berkaitan Hari Silaturrahim tersebut untuk santapan bersama dan pengubat rindu mereka yang tidak dapat bersama-sama meraikan. INFO WAKAF SAJADAH: Terima Kasih sekalung budi buat mereka yang bermurah hati memberikan sumbangan Wakaf Sajadah. Sebagai makluman tambahan, pihak MTAQLiM ingin menyatakan di sini sekiranya Wakaf Sajadah untuk pintu-pintu yang dikhususkan telah mencukupi atau ada keperluan yang lebih wajar di pintu lain, maka pihak MTAQLiM berhak untuk menentukan keperluan yang lebih penting untuk didahulukan bagi pembangunan Maahad. Sebagai contoh, walaupun seorang penderma berniat untuk bersedekah untuk Wakaf Al-Quran, tetapi Naskhah Al-Qur

SALAM AIDILFITRI 1434H

Bismillahirrahmanirrahim… Dengan menghulur tangan memohon ampun dan maaf kepada semua bersempena Syawal yang mulia ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput sahabat-sahabat yang diingati dan dikasihi untuk hadir ke teratak buruk kami di Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin (MTAQLiM) bersempena Hari Silaturrahim Aidil Fitri 1434H, pada hari Ahad , 18 Syawal 1434H bersamaan 25 Ogos 2013 . Semoga kita bertemu dalam suasana muhibbah penuh keberkatan sambil menikmati juadah yang akan tersedia, Insya Allah. Sekian, Wassalam. Salam Aidil Fitri daripada kami warga Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin

KEPERLUAN MUSOLLA KAMI

"Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun." 64:17 

WAKAF SAJADAH MTAQLiM, Hidupkan Ramadhan Dengan Sadaqah

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah Kami siarkan artikel ini yang diisi dengan makluman Wakaf Sajadah yang menjadi satu keperluan di dalam pembangunan keseluruhan Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin ini. Menjadi harapan kami agar mujahadah di luar sana benar-benar menghayati mengapa kita harus bersama-sama di dalam usaha memelihara perlaksanaan sebenar Al-Quran dan As-Sunnah. Kebejatan keadaan yang benar-benar "Ramadh" di seluruh dunia membuka ruang untuk kita sebagai umatnya untuk "membaca" apa sebenarnya wahyu. Tulisan-tulisan hidup di hadapan kita membuktikan kebesaran Ilahi betapa Dia begitu mudah mengatur alam ini. Begitu juga mudahnya untuk apabila kita sebagai manusia hanya perlu mengikut "ARUS" yang disusun oleh Allah. Satu keajaiban untuk melihat haiwan seperti Burung Pipit Padang mengembara ribuan kilometer, Penyu belimbing pula  berenang merentas lautan berbeza untuk melahirkan zuriat walhal mereka hanya mengikut arus dan landasan

TAKWIM HIJRIAH SEBAGAI JADUAL WAKTU UMAT ISLAM YANG MUKTAMAD

B erdasarkan kaedah bacaan Al-Quran yang teratur mengikut Takwim Hijriah setiap hari, kami benar-benar diberikan tanda atau petunjuk atas sesuatu urusan dan peristiwa. Sejarah yang banyak menjadi persoalan kerana isu-isu penyelewengan fakta dan sejarah yang sengaja disembunyikan, sebenarnya mampu diperjelaskan oleh Al-Quran sendiri. Tetapi rujukannya tidak boleh keluar daripada menepati Takwim Hijriah atau Kalendar Islam. Kaedah bacaan ini merupakan satu dasar yang diterapkan untuk pendidikan di Institusi Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran lil-Muttaqin (MTAQLiM) di dalam usaha untuk memartabatkan Huffaz Al-Quran dan mengembalikan kepentingan Kalendar Islam melalui kaedah pembuktian Teori. Sebagai contoh “His Story” atau sejarah menunjukkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah lupus secara rasmi pada tahun 1924. Sejarah hitam itu begitu terkesan kepada Umat Islam hingga kini. Walaupun begitu sehingga kini versi kejatuhan Empayar Khalifah ini tidak tercatat secara sempurna kerana para

SALAM 1 RAMADHAN 1434H

SALAM AL-MUBARAK daripada  Pengurusan  Maahad Tahfiz Al-Quran lil Muttaqin Pusat Kegiatan Ibadah & Riadah Sg. Tekala, 43500 Semenyih Selangor 017 7209 409 / 013 672 4313 mtaq.lilmuttaqin@gmail.com www.mtaqlilmuttaqin.blogspot.com

WAKAF SAJADAH, SAHAM AKHIRAT ANDA

BERWAKAF UNTUK AKHIRAT